Date : 30/10/2010
Time:3:48am
Diatas tilam usang yang empuk...
Assalamualaikum w.b.t ..
Alhamdulillah ..All Praises To Allah ..
Syukur sgt ke hadrat Ilahi kerana aku masih di berikan nafas untuk terus meneruskan kehidupan ini .
Terima Kasih Ya Allah..
Dikala ini ,aku baru saja selesai mengulang kaji pelajaran . Entah kenapa,tiba-tiba sahaja aku mengapai computer riba ku ,lalu jari jemariku terus-terusan menekan keyboard ini .
Tubuhku agak tidak bermaya sekarang disebabkan waktu tidur ku yang tidak menentu ..
Kepalaku sering kali terasa berat seperti ditimpa sebutir batu yang besar .Arghhh .. DAMN !
Namun ,semua itu tidak menjadi halangan bagiku untuk terus mengulang kaji.
Bukan itu yang nak aku ceritakan.Sebenarnya ,aku ingin luahkan di sini bahawa hati ku kini sedang merindui seseorang . Entah kenapa fikiranku jadi tidak keruan begini .Biasanya tidak .. Ya Allah .Jikalau Engkau ingin menjodohkanku dengan seseorang ,hamba pohon seseorang yang boleh memimpin hamba ke jalan yang diredhai Mu .Hamba pohon seseorang yang bertanggungjawab dari segala hal Ya Allah. SesungguhNya hamba hanya inginkan yang terbaik untuk kesejahreraan kami di dunia dan di akhirat kelak.
Aku bertambah tidak menentu sekarang .Adakah ini cinta ? Adakah ?????
Bersambung ,sekian ....
Aku bertambah tidak menentu sekarang .Adakah ini cinta ? Adakah ?????
Bersambung ,sekian ....