Time : 5:00 am
Di birai jendela tatkala terkenangkan insan yang amat dan sgt saya sayangi :]
amaran : entry ni berbau jiwang sket .sapa nyampah xyh baca ,nnti muntah , heehe.
Saya tak punya apa-apa yang berharga untuk bagi kat awak.
Tapi saya punya hati yang tak ternilai untuk saya hadiahkan pada awak.
Saya harap awak takkan hampa kan saya ..
Awak..
Kita selalu gaduh kan?
Saya selalu marah awak .
Saya keras kepala (itu yang selalu awak cakap).
Saya suka tuduh awak macam2.
Saya selalu salahkan awak.
Saya selalu paksa awak.
Saya selalu merajuk.
Saya xpernah dengar cakap awak.
Saya suka cari salah awak.
Saya teruk kan ??
Awak... Saya harap awak maaf kan semua kesalahan saya tue.
Awak banyak berkorban untuk saya..
Awak silap kalau awak fikir saya tak nampak kebaikan awak.
Saya tak pernah lupa semua tue..
Saya masih ingat..
Bila saya cakap saya teringin nak makan sesuatu ,awak belikan untuk saya.
Bila saya sakit , awak bagi saya ubat awak,
Bila handphone saya xde bateri,awak bagi handphone awak,
Bila saya nak pergi mana-mana, awak yang hantarkan,
Bila saya xpandai buat sesuatu ,awak yang ajarkan,
Bila saya merajuk ,awak selalu pujuk,
Bila saya marah ,awak cuba buat saya ketawa,
Bila berjalan , awak selalu pimpin tangan saya,
Bila saya menangis .awak yang lap kan air mata saya.
Bila saya sunyi,awak yang selalu temankan saya.
Tapi sekarang.. Kita dah berjauhan....
Awak...
Awak mungkin tak tahu banyak mana sayang saya kat awak kan?
Awak mungkin tak tahu banyak mana air mata saya mengalir sebab awak.
Awak mungkin tak rasa apa yang saya rasa kan..
Awak..
Awak tahu tak ....
Saya sayang kan awak.
Saya rindu kan awak.
Dan saya perlukan awak.
Awak..
Saya rela buat apa saja yang awak mahu kan.
Andai awak pinta saya pergi , saya pasti akan pegi jika itu mampu buat awak bahagia.
Saya rela diam kan diri andai itu mampu buat awak bercakap.
Saya rela menangis sendiri andai itu mampu buat awak tersenyum.
Tapi jangan paksa saya berhenti menyayangi diri awak.
Sebab saya tak mampu lakukan itu .
Saya mintak maaf sebab saya tak pandai buat awk bahagia. .
Saya tak pandai nak jaga hati awak.
Saya mintak maaf sebab selalu kacau awak waktu awak tengah kerja.
Saya mintak maaf sebab selalu sakitkan hati awak.
Saya tak pandai nak bergurau dengan awak.
Saya tak pandai buat awak sayangkan saya.
Saya tak pandai segala-gala nya ..
Tapi awak tak tahu ....
Awak adalah segala-gala nya buat saya.
Awak dan kenangan kita adalah sesuatu yang terindah dalam hidup saya.
Terima kasih kerana menyayangi saya seadanya .
Terima kasih kerana awak banyak bersabar dengan kerenah saya.
Terima kasih jugak sebab awak terpaksa melayan perangai saya..
Terima kasih untuk cinta awak yang tak ternilai harganya ..
Saya sayangkan awak sepenuh hati saya.
TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA ~~